TENTANG PASTI

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Rangkaian PASTI Petra Jaya dikelolakan oleh Jawatankuasa Penyelaras PASTI Kawasan Petra Jaya. Sejarah Penubuhan PASTI Kuching: Penubuhan awal PASTI Kuching di bawah inisiatif Lajnah Tarbiyyah Perhubungan PAS Sarawak dengan mengumpul sumbangan daripada ahli-ahli. Nama asal PASTI Insani ialah Tadika Insani yang dimulakan pada tahun 2004. Bagi tujuan mengumpul dana, Tadika Insani menganjurkan kelas-kelas tuisyen yang mendapat sambutan hangat. Tahun pertama pembukaan seramai 5 orang pelajar dan seorang guru. Buat permulaan, PASTI menumpang di rumah ahli. Tadika Insani kemudiannya ditukarkan kepada PASTI Insani pada tahun 2005. Kini, terdapat 4 buah PASTI di kawasan Petra Jaya di mana 2 buah PASTI iaitu PASTI Insani (Taman Matang Jaya), mula beroperasi sejak tahun 2005 dan PASTI Nur Iman (Kampung No.3, Satok) telah beroperasi sejak tahun 2009, manakala 2 buah cawangan PASTI baru telahpun dibuka untuk pendaftaran sesi 2010, iaitu PASTI Darul 'Ilmi (Desa Guru) dan Pasti Darul 'Ulum (Taman Orchid Wood). Berminat untuk menyumbang dana kos pembukaan, pembangunan dan operasi PASTI? Segala sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada Pengurus PASTI Kawasan Petra Jaya (Saudara Fizwan 013-8012296/013-8294180 @ Saudara Hafeiz 019-4538484) atau terus ke dalam akaun BANK ISLAM CAWANGAN SATOK, PASTI INSANI 1-101301-006469-3. Kurikulum PASTI adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan PASTI. Mata pelajaran yang diajar di PASTI adalah seperti berikut: Al-Qur'an, At-Tauhid, Al-Fiqh, As-Sirah, Al-Akhlaq wal Adab, Asas Bahasa dan Tulisan (Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Tulisan Jawi), Kesihatan, Pendidikan Sosial dan Pembangunan Insan, Alam dan Manusia, Matematik dan Pendidikan Jasmani.

Monday, May 24, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2010(2)

Alhamdulillah PASTI Kawasan Petra Jaya telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Guru 2010 pada 15 Mei 2010 yang lepas. Anak-anak PASTI sangat cemerlang dalam pertandingan-pertandingan yang telah diadakan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah guru-guru serta semua yang hadir. Hanya kepada Allah kami pasrahkan segala usaha. Ya Allah, terimalah amal kami.


Guru-guru menerima sejambak bunga daripada murid-murid



Kejutan pertama: Kek istimewa daripada guru-guru untuk pengurus-pengurus PASTI. Wakil pengurus dan pengerusi PASTI sedang memotong kek.



Murid-murid menyanyikan nasyid rasmi PASTI dengan penuh semangat



Murid-murid melafazkan ikrar PASTI beramai-ramai sebelum acara pertandingan bermula


Sekitar pertandingan berlangsung
















Kejutan Kedua: Kek Hari Guru daripada pengurus-pengurus PASTI untuk guru-guru


Guru-guru memotong kek sambil diperhatikan oleh anak-anak murid


Thursday, May 13, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2010





TARIKH : 15 Mei 2010
TEMPAT : Dewan Sanjungan Bestari, Lorong 4, Taman Matang Jaya
MASA : 7:30 pagi
TEMA : Guru Penyayang Anak Didik Cemerlang

Antara yang menarik:

Pertandingan Nasyid murid-murid PASTI
Pertandingan Azan
Pertandingan Hafazan Al-Quran dan Hadis
Pertandingan English Conversation
Penyampaian Anugerah Guru


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

SEMUA DIJEMPUT HADIR


Tuesday, May 11, 2010

Kursus Intensif Bahasa Arab

Bagi memantapkan lagi kemahiran dan keyakinan guru-guru dalam penguasaan Bahasa Arab, Pasti Kawasan Petra Jaya sedang menganjurkan Kursus Intensif Bahasa Arab selama enam minggu berturut-turut.

Kursus ini dikedalikan oleh guru pakar Bahasa Arab yang telah berpengalaman luas dan menjadi tenaga pengajar Bahasa Arab di salah sebuah sekolah terpilih di Kuching.

Kursus yang dianjurkan diharap akan memberi kefahaman kepada guru-guru Pasti Kawasan Petra Jaya dan diharapkan juga guru-guru Pasti akan lebih yakin apabila berdepan dengan cabaran.


Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More