TENTANG PASTI

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Rangkaian PASTI Petra Jaya dikelolakan oleh Jawatankuasa Penyelaras PASTI Kawasan Petra Jaya. Sejarah Penubuhan PASTI Kuching: Penubuhan awal PASTI Kuching di bawah inisiatif Lajnah Tarbiyyah Perhubungan PAS Sarawak dengan mengumpul sumbangan daripada ahli-ahli. Nama asal PASTI Insani ialah Tadika Insani yang dimulakan pada tahun 2004. Bagi tujuan mengumpul dana, Tadika Insani menganjurkan kelas-kelas tuisyen yang mendapat sambutan hangat. Tahun pertama pembukaan seramai 5 orang pelajar dan seorang guru. Buat permulaan, PASTI menumpang di rumah ahli. Tadika Insani kemudiannya ditukarkan kepada PASTI Insani pada tahun 2005. Kini, terdapat 4 buah PASTI di kawasan Petra Jaya di mana 2 buah PASTI iaitu PASTI Insani (Taman Matang Jaya), mula beroperasi sejak tahun 2005 dan PASTI Nur Iman (Kampung No.3, Satok) telah beroperasi sejak tahun 2009, manakala 2 buah cawangan PASTI baru telahpun dibuka untuk pendaftaran sesi 2010, iaitu PASTI Darul 'Ilmi (Desa Guru) dan Pasti Darul 'Ulum (Taman Orchid Wood). Berminat untuk menyumbang dana kos pembukaan, pembangunan dan operasi PASTI? Segala sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada Pengurus PASTI Kawasan Petra Jaya (Saudara Fizwan 013-8012296/013-8294180 @ Saudara Hafeiz 019-4538484) atau terus ke dalam akaun BANK ISLAM CAWANGAN SATOK, PASTI INSANI 1-101301-006469-3. Kurikulum PASTI adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan PASTI. Mata pelajaran yang diajar di PASTI adalah seperti berikut: Al-Qur'an, At-Tauhid, Al-Fiqh, As-Sirah, Al-Akhlaq wal Adab, Asas Bahasa dan Tulisan (Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Tulisan Jawi), Kesihatan, Pendidikan Sosial dan Pembangunan Insan, Alam dan Manusia, Matematik dan Pendidikan Jasmani.

Tuesday, July 27, 2010

Hari Keluarga PASTI Kawasan Petra Jaya

Kami dari pihak Jawatankuasa PASTI Kawasan Petra Jaya ingin memaklumkan bahawa kurang dari 2 minggu dari sekarang, PASTI Kawasan Petra Jaya akan mengadakan Hari Keluarga PASTI. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk pelajar , guru-guru dan ibu bapa.

Seperti yang kita sedia maklum, para guru, ibubapa dan jawatankuasa sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing sepanjang tahun. Jadi, tidak ada kesempatan untuk semua golongan ini berjumpa dalam satu masa dan mengenali antara satu sama lain.

Oleh itu, antara tujuan utama Hari Keluarga ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah di antara Jawatankuasa PASTI, guru-guru, ibubapa dan pelajar.

Diharapkan agar semua pihak dapat memberikan kerjasama untuk menghadiri program tersebut. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang antaranya adalah :

  • Persembahan dari pelajar-pelajar bagi setiap PASTI
  • Sukaneka pelajar bersama ibu-bapa
  • Sukaneka untuk kaum ibu dan bapa.
  • Sukaneka pelajar bersama guru-guru.


Maklumat penuh Hari Keluarga PASTI adalah Seperti berikut :

Tempat : Pasir Panjang
Tarikh : 8 Ogos 2010
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Dijemput kepada semua untuk hadir pada Hari Tersebut.


Program Cepat Membaca (PCM) Guru-Guru PASTI

PASTI Kawasan Petra Jaya akan mengadakan Program Cepat Membaca (PCM)pada hari Sabtu ini, 1 Ogos 2010 yang bertempat di Pejabat PASTI Kawasan Petra Jaya.

Program Khas ini diadakan sebagai inisiatif PASTI Kawasan Petra Jaya dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan pengajaran di semua PASTI seluruh kawasan Petra Jaya.

Seperti yang kita ketahui, pelajar-pelajar PASTI terdiri dari kanak-kanak yang berusia 4,5 dan 6 tahun.Salah satu tugas guru-guru PASTI adalah mengajar serta membimbing para pelajar agar dapat memahirkan diri dalam membaca. Namun, proses ini memerlukan teknik yang tepat agar kanak-kanak dapat memahirkan diri untuk membaca dalam jangka masa yang cepat.


Oleh itu, Program ini dijangka dapat membantu guru-guru untuk memantapkan teknik pengajaran dalam membantu para pelajar untuk cepat membaca.


Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More