TENTANG PASTI

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Rangkaian PASTI Petra Jaya dikelolakan oleh Jawatankuasa Penyelaras PASTI Kawasan Petra Jaya. Sejarah Penubuhan PASTI Kuching: Penubuhan awal PASTI Kuching di bawah inisiatif Lajnah Tarbiyyah Perhubungan PAS Sarawak dengan mengumpul sumbangan daripada ahli-ahli. Nama asal PASTI Insani ialah Tadika Insani yang dimulakan pada tahun 2004. Bagi tujuan mengumpul dana, Tadika Insani menganjurkan kelas-kelas tuisyen yang mendapat sambutan hangat. Tahun pertama pembukaan seramai 5 orang pelajar dan seorang guru. Buat permulaan, PASTI menumpang di rumah ahli. Tadika Insani kemudiannya ditukarkan kepada PASTI Insani pada tahun 2005. Kini, terdapat 4 buah PASTI di kawasan Petra Jaya di mana 2 buah PASTI iaitu PASTI Insani (Taman Matang Jaya), mula beroperasi sejak tahun 2005 dan PASTI Nur Iman (Kampung No.3, Satok) telah beroperasi sejak tahun 2009, manakala 2 buah cawangan PASTI baru telahpun dibuka untuk pendaftaran sesi 2010, iaitu PASTI Darul 'Ilmi (Desa Guru) dan Pasti Darul 'Ulum (Taman Orchid Wood). Berminat untuk menyumbang dana kos pembukaan, pembangunan dan operasi PASTI? Segala sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada Pengurus PASTI Kawasan Petra Jaya (Saudara Fizwan 013-8012296/013-8294180 @ Saudara Hafeiz 019-4538484) atau terus ke dalam akaun BANK ISLAM CAWANGAN SATOK, PASTI INSANI 1-101301-006469-3. Kurikulum PASTI adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan PASTI. Mata pelajaran yang diajar di PASTI adalah seperti berikut: Al-Qur'an, At-Tauhid, Al-Fiqh, As-Sirah, Al-Akhlaq wal Adab, Asas Bahasa dan Tulisan (Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Tulisan Jawi), Kesihatan, Pendidikan Sosial dan Pembangunan Insan, Alam dan Manusia, Matematik dan Pendidikan Jasmani.

Wednesday, May 18, 2011

Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Petrajaya 2011

Marilah kita bersama beramai-ramai menjayakan program ini....


Tuesday, November 30, 2010

Majlis Konvokesyen PASTI 2010


Pada 13 Oktober 2010, telah diadakan Majlis Konvokesyen PASTI sesi 2010 bagi anak-anak berumur 6 tahun yang bakal memasuki alam persekolahan di peringkat Sekolah Rendah.

Terdapat 8 orang pelajar yang menerima Sijil Penganugerahan Konvokesyen PASTI sesi 2010 :

1.Nurhasanah bte Rahime : PASTI INSANI
2.Ahmad Thalhah Bin Saiffudin : PASTI DARUL ULUM
3.Nur Alin Afina Bt Mohamad Luqman : PASTI NUR IMAN
4.Mirza Ezra Danial Bin Ma’at : PASTI NUR IMAN
5.
Awang Asfarahan Bin Awang Asfia : PASTI NUR IMAN
6.Ahmad Harith Bin Mohamed Radzi : PASTI DARUL ULUM
7.Syed Faris Hamizan Al-Edruce Bin Wan Saed : PASTI DARUL ULUM
8. Ahmed Aiman Bin Ja’afar : PASTI NUR IMAN

Suasana ketika Majlis Konvokesyen






Pembinaan 2 buah PASTI baru tahun 2011

Syukur ke hadrat Allah swt, dengan limpah kurniaNya mengurniakan rezeki yang melimpah-limpah buat hambaNYA yang beriman.
Tahun baru 2011 bakal membuka lembaran baru buat Pusat Pendidikan khususnya Pusat Asuhan Tunas ISLAM bagi kawasan Petra Jaya di mana bertambahnya 2 buah PASTI baru yang bakal mengembangkan pusat pendidikan ISLAM buat anak-anak di peringkat pra-sekolah.

PASTI RAUDHAH dalam proses keceriaan


Bagi yang berada di kawasan Samarahan, bolehlah mendaftar anak-anak anda ke
PASTI RAUDHAH yang terletak di No 76, Lorong 7, Fasa 3, Taman Unigarden, Kota Samarahan.

Pemandangan PASTI Darul Hanna' pada waktu malam

Bagi yang berada di kawasan Satok, Jalan Muda Hashim, anda boleh daftarkan anak anda ke PASTI Darul Hanna', Lot 168, Jalan Muda Hashim, Satok.



Perpindahan PASTI lama ke PASTI baru

PASTI INSANI yang bertempat di Lorong 6A1 sudahpun berpindah ke Lorong 6, Taman Matang Jaya.


PASTI Insani lama sedang dicat kepada warna asal



PASTI Insani di bangunan baru


Sunday, October 24, 2010

Perperiksaan Akhir Tahun PASTI 2010


Minggu ini merupakan minggu perperiksaan akhir tahun untuk semua pelajar-pelajar PASTI di seluruh negara. Tidak ketinggalan juga dengan PASTI Kawasan Petrajaya.Ujian akhir tahun ini akan diduduki oleh semua pelajar-pelajar PASTI yang berusia 4, 5 dan 6 tahun.


Untuk peringkat penyelarasan, PASTI pusat telah menyelaraskan soalan untuk pelajar-pelajar berumur 5 dan 6 tahun. Soalan bagi pelajar yang berusian 4 tahun di uruskan oleh PASTI masing-masing. Penyelarasan ini dilakukan oleh PASTI bagi mengekalkan kualiti pendidikan PASTI di seluruh negara.

Kami dari PASTI Kawasan Petrajaya mengucapkan selamat menduduki perperiksaan kepada semua pelajar dan mendoakan agar semua pelajar lulus dengan keputusan yang cemerlang.

-SUK PASTI KPJ-


Sunday, October 17, 2010

TIPS-TIPS MENDIDIK ANAK-ANAK MENCINTAI RASULULLAH SAW


1. KENALKAN SIAPA RASULULLAH
Jika mahu mendidik anak-anak mencintai dan mengasihi nabi, kenalkan dahulu siapa Rasulullah. Jika tidak kenalkan siapa baginda, bagaimana anak-anak mahu cinta dan kasih kepada baginda. Ibubapa digalakkan bercerita dengan anak-anak tentang kisah-kisah nabi, kedudukan serta baginda. Apabila anak-anak sudah kenal barulah dating rasa cinta dan kasih kepada baginda.

2. CERITA KEHEBATAN AKHLAK NABI
Salah satu cara untuk menyemai rasa cinta dan rindu anak-anak pada Nabi ialah dengan bercerita tentang kehebatan dan keindahan akhlak Rasulullah. Namun didiklah anak-anak mencontoh nabi dalam konteks yang rapat dengan dunia kanak-kanak. Antaranya
i) Rasulullah suka membantu orang susah. Didik anak-anak dengan suka menolong orang-orang yang ditimpa kesusahan.
ii) Rasulullah seorang dermawan iaitu suka memberi. Didik anak-anak memberi derma pada orang yang dating meminta derma.
iii) Jangan menyeksa binatang sebab Rasulullah saw sangat sayang pada binatang.

3. MENGAJAR ANAK-ANAK MENZAHIRKAN KECINTAAN.
Selepas anak-anak sudah mengenali siapa Rasulullah, barulah lahir kecintaan kepada baginda. Bimbing dan ajar anak-anak berselawat keatas nabi kerana Islam sangat anjurkan kita berselawat kepada baginda. Terangkan fadilat berselawat. Allah taala dan para malaikat berselawat ke atas junjungan baginda, maka kita juga sebagai umatnya perlu berselawat.

4. BUAT APA YANG DISURUH DAN TINGGAL YANG DILARANG.
Seperti orang dewasa, tanda kita cinta dan kasih pada nabi ialah dengan berbuat apa yang nabi suruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Begitu juga dengan anak-anak, didik mereka supaya berbuat apa yang disuruh nabi. Perkara yang buruk atau dilarang nabi pula ditinggalkan.

5. PANTAU TINGKAH LAKU ANAK
Sebagai ibubapa, pantau anak-anak dengan melihat sifat dan tingkah laku anak-anak:
i) Puji anak-anak apabila dia Berjaya beramal apa yang disuruh nabi.
ii) Jika anak tidak berbuat, galakkan anak-anak supaya buat. Kalau lupa ingat-ingatkan mereka.
iii) Jika masih tidak buat, tegurlah mereka, teguran per;u diulang-ulang selalu supaya mereka tidak lupa.
iv) Jika mereka masih gagal, berikan hukuman setimpal.

6. IBUBAPA SEBAGAI CONTOH
Bagaimanapun langkah yang paling berkesan adalah dengan menunjukkan contoh oleh ibubapa yang turut sama membentuk sifat dan akhlak peribadi Rasulullah ke dalam diri. Anak-anak lebih mudah berbuat sekiranya kita ibubapa sudah melakukan. Contohnya sekiranya ibubapa menutup aurat dengan baik, maka anak-anak akan ikut sama.

7. HADIRI MAJLIS MAULIDURRASUL, CERAMAH, KULIAH ATAU TEATER SIRAH JUNJUNGAN
Majlis-majlis seperti ini secara tidak langsung akan meninggalkan kesan kepada diri kita dan kuarga. Jika tidak dapat hadir ke majlis boleh tonton sama-sama di dalam TV dan seumpamnya.

8. ATURKAN PROGRAM SEHARI BERSAMA ANAK-ANAK BERSELAWAT
Selain itu juga elok juga dibaca sirah atau sejarah perjuangan Rasulullah.

Semoga dengan cara ini akan dapat membentuk sikap dan keperibadian anak-anak kita sepertimana keperibadian Rasulullah SAW. Sesungguhnya anak-anak adalah permata kepada kita. Didiklah dan bentuklah anak agar ia menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

-Abu iyas-


Tuesday, October 12, 2010

Mendidik anak-anak melalui pendekatan kreatif

SUATU petang pada Ramadan, Amin, 2, mengambil sebotol susu dari peti
sejuk. Tiba-tiba botol itu terlepas dari tangannya, jatuh ke lantai,
botol pecah dan susu tumpah berlambak di lantai.

Bayangkan apakah tindakan kita sebagai seorang ibu yang sedang
berpuasa, letih, penat dan sedang sibuk menyediakan juadah berbuka
puasa? Dapatkah kita mengawal emosi menghadapi anak sekecil ini?

Kejadian itu mengingatkan saya, pada kejayaan seorang ahli sains
perubatan yang mencipta kejayaan demi kejayaan dalam kajian dunia
perubatan. Apabila dia ditanya mengenai faktor kejayaan dan
kreativitinya dia menjawab:

"Ia bermula daripada pengalaman bersama ibu ketika berumur dua tahun.
Saya hendak mengambil sebotol susu dari peti sejuk, tiba-tiba botol
itu terlepas dari tangan, lalu jatuh, pecah dan susu tumpah di
lantai."

Ibunya tidak menjerit, marah dan menghukumnya.

Ibunya berkata: "Robert, mama tidak pernah lihat kolam susu yang
begitu cantik di dapur ini. Susu sudah tumpah, kita tidak boleh buat
apa-apa, adakah awak hendak main dulu untuk beberapa minit kemudian
kita bersihkan dapur ini?

Dia gembira dan terus bermain dalam lambakan susu itu. Ibunya
kemudian berkata: "Robert, lain kali jika kita tumpahkan susu begini,
kita kena bersih dan mengemaskan mana-mana yang bersepah."

Ibunya berkata lagi: "Robert, ini kita namakan satu ujikaji yang
gagal bagaimana hendak membawa sebotol besar susu menggunakan dua
tangan yang kecil. Mari kita ke laman dan isikan air ke dalam botol
besar, kita akan lihat bagaimana membawa botol besar tanpa
menjatuhkannya."

Mendengar ia satu permainan dan ujikaji, Robert seronok! Pada saat
itu dia merasakan bahawa dirinya tidak perlu takut melakukan
kesalahan, sebaliknya ia adalah peluang mempelajari sesuatu yang baru.

Demikian juga dengan ujikaji sains. Jika ujikaji itu tidak berjaya
pun, kita selalunya mendapat sesuatu yang baru.

Alangkah bagusnya jika semua ibu bapa memberikan tindak balas seperti
ibu Robert lakukannya kepadanya?

Anak-anak adalah anugerah Allah yang amat berharga. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab kita mendidik anak dengan acuan yang terbaik selari
dengan syariat Allah.

Sebab itu, Saidina Ali dan Imam Al-Ghazali menganggap bahawa ibu bapa
adalah sekolah pertama bagi anak.

Oleh itu, ibu bapa yang menjadi sekolah pertama untuk anak perlu
membuat persiapan dari segi fizikal, intelektual, emosi dan rohani.

Hasilnya, mereka dapat mendidik anak sihat, kreatif dan seimbang dari
keempat-empat aspek itu.

Ibu yang tidak sihat, cerdik dan tidak berilmu, tidak mungkin dapat
memberi perhatian dan tunjuk ajar sepenuhnya kepada anak, apatah lagi
bagi kanak-kanak yang sememangnya amat bergantung kepada seorang ibu.

Seterusnya, ibu atau bapa yang mengalami tekanan emosi tinggi, tentu
akan menyebabkan tekanan kepada anak.

Tekanan emosi yang berpunca dari tekanan di tempat kerja, kerja
rumah, hubungan kurang baik di antara pasangan akan menjadikan ibu
atau bapa gagal mengawal emosi di hadapan anak. Mereka seterusnya
akan menyelesaikan masalah anak yang meragam dengan tindakan yang
tidak wajar seperti memarahi dan memukul anak.

Tindakan sebegini jika berterusan akan menyebabkan kecelaruan mental
kepada kanak-kanak sepanjang proses pembesaran mereka.

Islam menggariskan beberapa kaedah untuk kesejahteraan jasmani anak.

Pertamanya, Islam mewajibkan bapa memberikan nafkah kepada anak dari
sumber halal dan baik. Oleh itu, bapa mesti memastikan pekerjaan yang
dilakukan adalah halal serta dilakukan dengan bersih dan amanah.

Bapa yang mencari rezeki juga mesti menjauhi pekerjaan syubahat atau
ada unsur keraguan, penipuan dan penyelewengan. Hasil daripada rezeki
halal akan menumbuhkan jasad anak yang mudah dibentuk dan dididik.

Kewajipan kedua ialah menjaga kesihatan anak dengan memberikan
makanan berkhasiat dan mengubati penyakit mereka.

Ketiga, ibu bapa wajib mendidik anak menjauhi perkara yang boleh
membawa kepada kemudaratan atau penyakit dengan mengetahui cara
menjaga kebersihan, memilih makanan dan persekitaran sihat.

Ibu bapa juga berkewajipan menggalakkan anak bersukan atau riadah
untuk kesihatan badan.

Dalam memberikan pendidikan mental, ibu bapa hendaklah memberikan
pendidikan seimbang sejak kecil lagi. Ilmu fardu ain dan kifayah
hendaklah diberikan sejak anak berusia lima atau enam tahun.

Kenalkan juga anak dengan kehebatan perjuangan Rasulullah saw,
tamadun Islam dan kehebatan tokoh Islam, agar mereka tidak memandang
Islam sebagai agama yang sempit. Malah mereka patut tahu bahawa Islam
adalah cara hidup yang sebenar dan terbaik.

Sekiranya mereka memiliki keimanan mantap dan mengetahui perancangan
musuh Islam, insya-Allah mereka akan terselamat daripada gejala
sosial dan keruntuhan akhlak. Apatah lagi keruntuhan aqidah.

Di samping itu, untuk menjana kehebatan minda anak-anak mesti diajar
mencintai Rasulullah saw dan al-Quran. Kecintaan kepada rasul dan al-
Quran akan menjadikan seseorang mencintai ilmu. Ini kerana al-Quran
adalah sumber segala ilmu dan Rasulullah saw adalah pengasas kepada
tamadun ilmu sebenar.

-Oleh Saliza Zainol-


Thursday, October 7, 2010

PENDAFTARAN PASTI 2011 DIBUKA



Pendaftaran PASTI 2011 Dibuka Khas untuk Anak-Anak Lahir Pada Tahun 2006, 2007 dan 2008



Majlis Iftar dan Tahlil PASTI

Majlis Berbuka Puasa dan tahlil PASTI Kawasan Petrajaya telah diadakan di Pejabat PASTI Kawasan Petrajaya yang terletak di Matang Jaya .

Program ini merupakan program susulan setelah selesai Kursus untuk guru-guru PASTI. Majlis telah di hadiri oleh Ahli Jawatankuasa PASTI Kawasan Petra Jaya , Ibu Bapa dan guru-guru PASTI.

Program dimulakan dengan bacaan tahlil pada jam 6.00 petang dan diteruskan dengan majlis berbuka puasa. Selesai solat magrib dan berbuka puasa, majlis dilanjutkan dengan penyampaian wang zakat kepada guru-guru PASTI.

Kemuncak Majlis pada hari itu diteruskan solat terawih berjemaah di pejabat PASTI. Alhamdullillah majlis berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.


Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More