TENTANG PASTI

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Rangkaian PASTI Petra Jaya dikelolakan oleh Jawatankuasa Penyelaras PASTI Kawasan Petra Jaya. Sejarah Penubuhan PASTI Kuching: Penubuhan awal PASTI Kuching di bawah inisiatif Lajnah Tarbiyyah Perhubungan PAS Sarawak dengan mengumpul sumbangan daripada ahli-ahli. Nama asal PASTI Insani ialah Tadika Insani yang dimulakan pada tahun 2004. Bagi tujuan mengumpul dana, Tadika Insani menganjurkan kelas-kelas tuisyen yang mendapat sambutan hangat. Tahun pertama pembukaan seramai 5 orang pelajar dan seorang guru. Buat permulaan, PASTI menumpang di rumah ahli. Tadika Insani kemudiannya ditukarkan kepada PASTI Insani pada tahun 2005. Kini, terdapat 4 buah PASTI di kawasan Petra Jaya di mana 2 buah PASTI iaitu PASTI Insani (Taman Matang Jaya), mula beroperasi sejak tahun 2005 dan PASTI Nur Iman (Kampung No.3, Satok) telah beroperasi sejak tahun 2009, manakala 2 buah cawangan PASTI baru telahpun dibuka untuk pendaftaran sesi 2010, iaitu PASTI Darul 'Ilmi (Desa Guru) dan Pasti Darul 'Ulum (Taman Orchid Wood). Berminat untuk menyumbang dana kos pembukaan, pembangunan dan operasi PASTI? Segala sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada Pengurus PASTI Kawasan Petra Jaya (Saudara Fizwan 013-8012296/013-8294180 @ Saudara Hafeiz 019-4538484) atau terus ke dalam akaun BANK ISLAM CAWANGAN SATOK, PASTI INSANI 1-101301-006469-3. Kurikulum PASTI adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan PASTI. Mata pelajaran yang diajar di PASTI adalah seperti berikut: Al-Qur'an, At-Tauhid, Al-Fiqh, As-Sirah, Al-Akhlaq wal Adab, Asas Bahasa dan Tulisan (Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Tulisan Jawi), Kesihatan, Pendidikan Sosial dan Pembangunan Insan, Alam dan Manusia, Matematik dan Pendidikan Jasmani.

Sunday, October 17, 2010

TIPS-TIPS MENDIDIK ANAK-ANAK MENCINTAI RASULULLAH SAW


1. KENALKAN SIAPA RASULULLAH
Jika mahu mendidik anak-anak mencintai dan mengasihi nabi, kenalkan dahulu siapa Rasulullah. Jika tidak kenalkan siapa baginda, bagaimana anak-anak mahu cinta dan kasih kepada baginda. Ibubapa digalakkan bercerita dengan anak-anak tentang kisah-kisah nabi, kedudukan serta baginda. Apabila anak-anak sudah kenal barulah dating rasa cinta dan kasih kepada baginda.

2. CERITA KEHEBATAN AKHLAK NABI
Salah satu cara untuk menyemai rasa cinta dan rindu anak-anak pada Nabi ialah dengan bercerita tentang kehebatan dan keindahan akhlak Rasulullah. Namun didiklah anak-anak mencontoh nabi dalam konteks yang rapat dengan dunia kanak-kanak. Antaranya
i) Rasulullah suka membantu orang susah. Didik anak-anak dengan suka menolong orang-orang yang ditimpa kesusahan.
ii) Rasulullah seorang dermawan iaitu suka memberi. Didik anak-anak memberi derma pada orang yang dating meminta derma.
iii) Jangan menyeksa binatang sebab Rasulullah saw sangat sayang pada binatang.

3. MENGAJAR ANAK-ANAK MENZAHIRKAN KECINTAAN.
Selepas anak-anak sudah mengenali siapa Rasulullah, barulah lahir kecintaan kepada baginda. Bimbing dan ajar anak-anak berselawat keatas nabi kerana Islam sangat anjurkan kita berselawat kepada baginda. Terangkan fadilat berselawat. Allah taala dan para malaikat berselawat ke atas junjungan baginda, maka kita juga sebagai umatnya perlu berselawat.

4. BUAT APA YANG DISURUH DAN TINGGAL YANG DILARANG.
Seperti orang dewasa, tanda kita cinta dan kasih pada nabi ialah dengan berbuat apa yang nabi suruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Begitu juga dengan anak-anak, didik mereka supaya berbuat apa yang disuruh nabi. Perkara yang buruk atau dilarang nabi pula ditinggalkan.

5. PANTAU TINGKAH LAKU ANAK
Sebagai ibubapa, pantau anak-anak dengan melihat sifat dan tingkah laku anak-anak:
i) Puji anak-anak apabila dia Berjaya beramal apa yang disuruh nabi.
ii) Jika anak tidak berbuat, galakkan anak-anak supaya buat. Kalau lupa ingat-ingatkan mereka.
iii) Jika masih tidak buat, tegurlah mereka, teguran per;u diulang-ulang selalu supaya mereka tidak lupa.
iv) Jika mereka masih gagal, berikan hukuman setimpal.

6. IBUBAPA SEBAGAI CONTOH
Bagaimanapun langkah yang paling berkesan adalah dengan menunjukkan contoh oleh ibubapa yang turut sama membentuk sifat dan akhlak peribadi Rasulullah ke dalam diri. Anak-anak lebih mudah berbuat sekiranya kita ibubapa sudah melakukan. Contohnya sekiranya ibubapa menutup aurat dengan baik, maka anak-anak akan ikut sama.

7. HADIRI MAJLIS MAULIDURRASUL, CERAMAH, KULIAH ATAU TEATER SIRAH JUNJUNGAN
Majlis-majlis seperti ini secara tidak langsung akan meninggalkan kesan kepada diri kita dan kuarga. Jika tidak dapat hadir ke majlis boleh tonton sama-sama di dalam TV dan seumpamnya.

8. ATURKAN PROGRAM SEHARI BERSAMA ANAK-ANAK BERSELAWAT
Selain itu juga elok juga dibaca sirah atau sejarah perjuangan Rasulullah.

Semoga dengan cara ini akan dapat membentuk sikap dan keperibadian anak-anak kita sepertimana keperibadian Rasulullah SAW. Sesungguhnya anak-anak adalah permata kepada kita. Didiklah dan bentuklah anak agar ia menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

-Abu iyas-


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More