TENTANG PASTI

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Rangkaian PASTI Petra Jaya dikelolakan oleh Jawatankuasa Penyelaras PASTI Kawasan Petra Jaya. Sejarah Penubuhan PASTI Kuching: Penubuhan awal PASTI Kuching di bawah inisiatif Lajnah Tarbiyyah Perhubungan PAS Sarawak dengan mengumpul sumbangan daripada ahli-ahli. Nama asal PASTI Insani ialah Tadika Insani yang dimulakan pada tahun 2004. Bagi tujuan mengumpul dana, Tadika Insani menganjurkan kelas-kelas tuisyen yang mendapat sambutan hangat. Tahun pertama pembukaan seramai 5 orang pelajar dan seorang guru. Buat permulaan, PASTI menumpang di rumah ahli. Tadika Insani kemudiannya ditukarkan kepada PASTI Insani pada tahun 2005. Kini, terdapat 4 buah PASTI di kawasan Petra Jaya di mana 2 buah PASTI iaitu PASTI Insani (Taman Matang Jaya), mula beroperasi sejak tahun 2005 dan PASTI Nur Iman (Kampung No.3, Satok) telah beroperasi sejak tahun 2009, manakala 2 buah cawangan PASTI baru telahpun dibuka untuk pendaftaran sesi 2010, iaitu PASTI Darul 'Ilmi (Desa Guru) dan Pasti Darul 'Ulum (Taman Orchid Wood). Berminat untuk menyumbang dana kos pembukaan, pembangunan dan operasi PASTI? Segala sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada Pengurus PASTI Kawasan Petra Jaya (Saudara Fizwan 013-8012296/013-8294180 @ Saudara Hafeiz 019-4538484) atau terus ke dalam akaun BANK ISLAM CAWANGAN SATOK, PASTI INSANI 1-101301-006469-3. Kurikulum PASTI adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan PASTI. Mata pelajaran yang diajar di PASTI adalah seperti berikut: Al-Qur'an, At-Tauhid, Al-Fiqh, As-Sirah, Al-Akhlaq wal Adab, Asas Bahasa dan Tulisan (Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Tulisan Jawi), Kesihatan, Pendidikan Sosial dan Pembangunan Insan, Alam dan Manusia, Matematik dan Pendidikan Jasmani.

Saturday, October 2, 2010

Ujian Kemasukan Ke Sekolah Rendah (Agama) Datuk Haji Abdul Kadir Hasan

Pada hari ini, seramai 560 orang pelajar 6 tahun dari semua TADIKA, TASKA dan Pra Sekolah menduduki ujian bagi merebut tempat tahun 1 bagi sesi 2011 di Sekolah Rendah (Agama) Datuk Haji Abdul Hadir Hassan.

PASTI juga tidak ketinggalan menghantar 6 orang daripada 10 orang pelajar 6 tahun untuk menduduki ujian tersebut. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah melayakkan diri untuk menduduki ujian tersebut.

Tahun ini merupakan tahun ke-2 PASTI Kawasan Petrajaya menghantar pelajarnya untuk menduduki ujian tersebut. Walaupun tidak ramai namun , ini merupakan langkah proaktif PASTI bagi dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang berdaya saing dengan Tadika-tadika Lain.

Pada tahun ini, ujian kemasukan tahun 1 telah diubah format. Soalan tidak hanya merangkumi soalan IQ semata-mata namun memberi penekanan kepada kemahiran 3M yaitu Membaca, Menulis & Mengira. Antara Subjek yang diuji adalah Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, dan Jawi.

Korikulum PASTI yang menekankan ketiga-tiga konsep ini serta mengajar kesemua subjek yang diuji pasti dapat membantu pelajar-pelajarnya untuk lulus dalam ujian ini. Semoga adik-adik yang menduduki ujian ini berjaya menempatkan tempat ke sekolah tersebut.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More