TENTANG PASTI

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Rangkaian PASTI Petra Jaya dikelolakan oleh Jawatankuasa Penyelaras PASTI Kawasan Petra Jaya. Sejarah Penubuhan PASTI Kuching: Penubuhan awal PASTI Kuching di bawah inisiatif Lajnah Tarbiyyah Perhubungan PAS Sarawak dengan mengumpul sumbangan daripada ahli-ahli. Nama asal PASTI Insani ialah Tadika Insani yang dimulakan pada tahun 2004. Bagi tujuan mengumpul dana, Tadika Insani menganjurkan kelas-kelas tuisyen yang mendapat sambutan hangat. Tahun pertama pembukaan seramai 5 orang pelajar dan seorang guru. Buat permulaan, PASTI menumpang di rumah ahli. Tadika Insani kemudiannya ditukarkan kepada PASTI Insani pada tahun 2005. Kini, terdapat 4 buah PASTI di kawasan Petra Jaya di mana 2 buah PASTI iaitu PASTI Insani (Taman Matang Jaya), mula beroperasi sejak tahun 2005 dan PASTI Nur Iman (Kampung No.3, Satok) telah beroperasi sejak tahun 2009, manakala 2 buah cawangan PASTI baru telahpun dibuka untuk pendaftaran sesi 2010, iaitu PASTI Darul 'Ilmi (Desa Guru) dan Pasti Darul 'Ulum (Taman Orchid Wood). Berminat untuk menyumbang dana kos pembukaan, pembangunan dan operasi PASTI? Segala sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada Pengurus PASTI Kawasan Petra Jaya (Saudara Fizwan 013-8012296/013-8294180 @ Saudara Hafeiz 019-4538484) atau terus ke dalam akaun BANK ISLAM CAWANGAN SATOK, PASTI INSANI 1-101301-006469-3. Kurikulum PASTI adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan PASTI. Mata pelajaran yang diajar di PASTI adalah seperti berikut: Al-Qur'an, At-Tauhid, Al-Fiqh, As-Sirah, Al-Akhlaq wal Adab, Asas Bahasa dan Tulisan (Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Tulisan Jawi), Kesihatan, Pendidikan Sosial dan Pembangunan Insan, Alam dan Manusia, Matematik dan Pendidikan Jasmani.

Thursday, June 24, 2010

PENDIDIKAN PASTI TARIK MINAT ARTIS

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Pasti Pusat, Nazrin Abdul Majid, ketika berucap pada majlis pentup Ihtifal Pasti di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini baru-baru ini."Kita berbangga pendidikan sekolah Pasti turut mendapat tempat di hati artis termasuk Safura, di mana beliau juga turut hadir pada majlis ini," ujarnya.Pasangan artis suami isteri itu, Shahrulnizam Noor dan Safura Yaacob, telah mengambil keputusan untuk menghantar anak mereka Muhamad Daneal Hakim, 6, di Pasti Ilmi Taman Permata, Selangor setelah mendapati kurikulum sekolah berkenaan terbaik berbanding yang lain.Menurut Safura, sebelum menghantar anaknya, beliau bersama suaminya yang juga seorang dramatis terlebih dahulu mengkaji mata pelajaran yang ada di peringkat Pasti."Alhamdulillah kami dapati...


ILMU KEIBUBAPAAN JAMIN TARBIAH ANAK

Berita Harian-16 Mac 2007Jendela Hikmah: Ilmu keibubapaan jamin tarbiah anakOleh Rosnah AhmadBELAJAR rajin-rajin, abah tak ada harta dan ilmu adalah harta paling berharga yang abah boleh tinggalkan kepada anak. Begitulah ungkapan yang sering dilafazkan oleh ayah ketika kecil dan ia adalah motivasi paling berkesan kepada diri saya hingga ke hari ini, terutama selepas mempunyai anak sendiri.Abah dan arwah emak dalam kepayahan hidup sentiasa berkorban dan berusaha untuk mendidik kami adik beradik. Pilu mengingatkan bagaimana abah yang hanya berpendapatan kecil, berkebun dan memancing selepas pulang kerja demi menampung perbelanjaan harian dan arwah ibu bangun seawal jam 3 pagi untuk membuat kuih untuk dijual, di samping mengambil tempahan menjahit baju.Rumah kami dulu juga tidak ada banyak perabot...


Pages 61234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More