TENTANG PASTI

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Rangkaian PASTI Petra Jaya dikelolakan oleh Jawatankuasa Penyelaras PASTI Kawasan Petra Jaya. Sejarah Penubuhan PASTI Kuching: Penubuhan awal PASTI Kuching di bawah inisiatif Lajnah Tarbiyyah Perhubungan PAS Sarawak dengan mengumpul sumbangan daripada ahli-ahli. Nama asal PASTI Insani ialah Tadika Insani yang dimulakan pada tahun 2004. Bagi tujuan mengumpul dana, Tadika Insani menganjurkan kelas-kelas tuisyen yang mendapat sambutan hangat. Tahun pertama pembukaan seramai 5 orang pelajar dan seorang guru. Buat permulaan, PASTI menumpang di rumah ahli. Tadika Insani kemudiannya ditukarkan kepada PASTI Insani pada tahun 2005. Kini, terdapat 4 buah PASTI di kawasan Petra Jaya di mana 2 buah PASTI iaitu PASTI Insani (Taman Matang Jaya), mula beroperasi sejak tahun 2005 dan PASTI Nur Iman (Kampung No.3, Satok) telah beroperasi sejak tahun 2009, manakala 2 buah cawangan PASTI baru telahpun dibuka untuk pendaftaran sesi 2010, iaitu PASTI Darul 'Ilmi (Desa Guru) dan Pasti Darul 'Ulum (Taman Orchid Wood). Berminat untuk menyumbang dana kos pembukaan, pembangunan dan operasi PASTI? Segala sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada Pengurus PASTI Kawasan Petra Jaya (Saudara Fizwan 013-8012296/013-8294180 @ Saudara Hafeiz 019-4538484) atau terus ke dalam akaun BANK ISLAM CAWANGAN SATOK, PASTI INSANI 1-101301-006469-3. Kurikulum PASTI adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan PASTI. Mata pelajaran yang diajar di PASTI adalah seperti berikut: Al-Qur'an, At-Tauhid, Al-Fiqh, As-Sirah, Al-Akhlaq wal Adab, Asas Bahasa dan Tulisan (Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Tulisan Jawi), Kesihatan, Pendidikan Sosial dan Pembangunan Insan, Alam dan Manusia, Matematik dan Pendidikan Jasmani.

Thursday, March 4, 2010

KURSUS PEMERKASAAN KEMAHIRAN DAN PEMANTAPAN SYAKHSIAH GURU-GURU PASTI KAWASAN PETRA JAYA


Alhamdulillah, puji dan puja hanya untuk Allah s.w.t, sumber segala kekuatan, tempat semua makhluk bergantung harap, tempat bersandar segala-galanya. Selawat dan salam buat rasul junjungan tercinta, moga jejak Islam ini kita telusuri hingga akhirnya.

Bersempena dengan cuti persekolahan pada penghujung tahun 2009, PASTI Kawasan Petra Jaya telah mengadakan Kursus Pemerkasaan Kemahiran dan Pemantapan Syakhsiah (PKPS) Warga Pendidik PASTI kawasan Petra Jaya. Sepanjang namanya, begitulah panjangnya tempoh kursus yang telah dijalankan selama sebulan bermula dari 30 November 2009 hingga 25 Disember 2009. Bermacam-macam pengisian dan kelas-kelas berkaitan dengan kemahiran seorang pendidik serta syakhsiah guru muslim telah diadakan.

Kepada seluruh jawatan kuasa pelaksana program, tenaga pengajar kursus, Dewan Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya juga Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya, terima kasih tidak terhingga kerana telah bertungkus-lumus siang dan malam demi menjayakan kursus yang julung-julung kali diadakan ini. Ya Allah, saksikanlah kami telah menyahut seruan-Mu, moga Engkau terima amal kami...

Semoga kursus ini mampu melahirkan mu'allim juga murabbi yang mu'addib lagi mursyid untuk mendidik anak-anak ummah khususnya murid-murid PASTI Kawasan Petra Jaya yang kita sayangi.

Antara pengisian yang diadakan sepanjang Kursus PKPS Warga Pendidik PASTI Kawasan Petra Jaya.

Riadah selepas Subuh-Pemuda Kawasan Petra Jaya turut menyertai program Qiamullail di pantai

Modul dalam laut-Aktiviti selepas program qiamullail di pantai


Pembentangan dalam kumpulan-Kumpulan Exora

Muhasabah selepas riadah Cina Buta

Usrah Outdoor

Pengajaran Mikro 1

Kelas Perancangan Kewangan oleh tenaga pengajar berkepakaran

Pengajaran Mikro 2

Pengajaran Mikro 3

Pertandingan Sahiba versi Jawi di Pustaka negeri Sarawak

Pertandingan pancing ikan (Modul Pengajaran Tulisan Jawi)

Pembentangan berkumpulan-Kumpulan Sumayyah

Riadah Cina Buta

Latihan dalam kumpulan-Kumpulan Exora

Latihan dalam kumpulan-Kumpulan Sumayyah

Bergambar kenangan di hadapan Masjid Bahagian Kuching

Perbincangan kumpulan

Kelas Fardhu 'Ain


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More