TENTANG PASTI

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Rangkaian PASTI Petra Jaya dikelolakan oleh Jawatankuasa Penyelaras PASTI Kawasan Petra Jaya. Sejarah Penubuhan PASTI Kuching: Penubuhan awal PASTI Kuching di bawah inisiatif Lajnah Tarbiyyah Perhubungan PAS Sarawak dengan mengumpul sumbangan daripada ahli-ahli. Nama asal PASTI Insani ialah Tadika Insani yang dimulakan pada tahun 2004. Bagi tujuan mengumpul dana, Tadika Insani menganjurkan kelas-kelas tuisyen yang mendapat sambutan hangat. Tahun pertama pembukaan seramai 5 orang pelajar dan seorang guru. Buat permulaan, PASTI menumpang di rumah ahli. Tadika Insani kemudiannya ditukarkan kepada PASTI Insani pada tahun 2005. Kini, terdapat 4 buah PASTI di kawasan Petra Jaya di mana 2 buah PASTI iaitu PASTI Insani (Taman Matang Jaya), mula beroperasi sejak tahun 2005 dan PASTI Nur Iman (Kampung No.3, Satok) telah beroperasi sejak tahun 2009, manakala 2 buah cawangan PASTI baru telahpun dibuka untuk pendaftaran sesi 2010, iaitu PASTI Darul 'Ilmi (Desa Guru) dan Pasti Darul 'Ulum (Taman Orchid Wood). Berminat untuk menyumbang dana kos pembukaan, pembangunan dan operasi PASTI? Segala sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada Pengurus PASTI Kawasan Petra Jaya (Saudara Fizwan 013-8012296/013-8294180 @ Saudara Hafeiz 019-4538484) atau terus ke dalam akaun BANK ISLAM CAWANGAN SATOK, PASTI INSANI 1-101301-006469-3. Kurikulum PASTI adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan PASTI. Mata pelajaran yang diajar di PASTI adalah seperti berikut: Al-Qur'an, At-Tauhid, Al-Fiqh, As-Sirah, Al-Akhlaq wal Adab, Asas Bahasa dan Tulisan (Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Tulisan Jawi), Kesihatan, Pendidikan Sosial dan Pembangunan Insan, Alam dan Manusia, Matematik dan Pendidikan Jasmani.

Saturday, October 2, 2010

Ujian Kemasukan Ke Sekolah Rendah (Agama) Datuk Haji Abdul Kadir Hasan

Pada hari ini, seramai 560 orang pelajar 6 tahun dari semua TADIKA, TASKA dan Pra Sekolah menduduki ujian bagi merebut tempat tahun 1 bagi sesi 2011 di Sekolah Rendah (Agama) Datuk Haji Abdul Hadir Hassan.

PASTI juga tidak ketinggalan menghantar 6 orang daripada 10 orang pelajar 6 tahun untuk menduduki ujian tersebut. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah melayakkan diri untuk menduduki ujian tersebut.

Tahun ini merupakan tahun ke-2 PASTI Kawasan Petrajaya menghantar pelajarnya untuk menduduki ujian tersebut. Walaupun tidak ramai namun , ini merupakan langkah proaktif PASTI bagi dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang berdaya saing dengan Tadika-tadika Lain.

Pada tahun ini, ujian kemasukan tahun 1 telah diubah format. Soalan tidak hanya merangkumi soalan IQ semata-mata namun memberi penekanan kepada kemahiran 3M yaitu Membaca, Menulis & Mengira. Antara Subjek yang diuji adalah Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, dan Jawi.

Korikulum PASTI yang menekankan ketiga-tiga konsep ini serta mengajar kesemua subjek yang diuji pasti dapat membantu pelajar-pelajarnya untuk lulus dalam ujian ini. Semoga adik-adik yang menduduki ujian ini berjaya menempatkan tempat ke sekolah tersebut.


Wednesday, September 1, 2010

Sumbangan Raya PASTI

Tidak Lama lagi bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya dan Hari Raya akan membuka tirainya. PASTI Kawasan Petrajaya telah mengambil inisitatif untuk member sedikit sumbangan berupa sumbangan Kuih Raya kepada rumah-rumah jiran berhampiran dengan PASTI.

Program ini merupakan program tahunan PASTI seperti yang telah dilakukan pada tahun lepas. PASTI Kawasan Petra Jaya telah memperuntukkan sumbangan berupa kuih raya kepada 20 rumah yang berjiran dengan PASTI.

Objektif utama sumbangan ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim antara PASTI dengan jiran-jiran berdekatan dengan PASTI. Di samping memberikan pendidikan serta Asuhan kepada pelajar-pelajar, Ahli Jawatankuasa serta Guru-guru PASTI sangat komited dalam memelihara hubungan yang baik dengan jiran-jiran sekeliling.

InsyaALLAH, semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk Hari Raya Tahun Hadapan.


Monday, August 9, 2010

Sambutan Hari Keluarga PASTI

Alhamdulillah pada hari Ahad lepas Jawatankuasa PASTI Kawasan Petra Jaya telah Berjaya mengadakan Sambutan Hari Keluarga PASTI 2010.

Seperti yang telah sedia maklum, Hari Keluarga tersebut telah dihadiri oleh ibu bapa, Guru-guru pasti dan ahli Jawatankuasa PASTI Kawasan PetraJaya.

Program dimulakan dengan oleh Pengerusi majlis dan mulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sulaiman . Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pasti Kawasan Petra Jaya, Encik Najib Abu Samah.

Setelah itu, program hari itu dimeriahkan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar di 4 buah PASTI iaitu PASTI ILMI, PASTI ULUM, PASTI NUR IMAN dan PASTI INSANI. Pelajar-pelajar mempersembahkan bacaan Hafazan surah As-Saff, Hadith dan doa-doa harian. Ternyata anak-anak kecil ini sememangnya pintar-pintar kerana dapat menghafaz dengan begitu fasih sekali.

Kemudian Acara diteruskan dengan acara sukaneka kanak-kanak, ibubapa dan guru-guru. Acara kanak-kanak dibahagikan beberapa kategori iaitu untuk 3 tahun kebawah, 4 tahun dan 5 tahun, 6 tahun, 7-9 tahun dan 10-12 tahun.

Sukaneka yang dijalankan adalah seperti berikut :

Kanak-Kanak

Mengutip gula dalam tepung

Isi air dalam botol

Memancing botol

Muslimin/ Kaum Ayah

Sepak Bola

Muslimat/Kaum Ibu

Teh Tarik


Setelah semua acara selesai, majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi PASTI Kawasan Petra Jaya kepada para pemenang. Tidak lupa juga saguhati kepada semua pelajar-pelajar PASTI.

Selepas Program selesai, para pelajar di benarkan untuk bermain di tepi pantai dengan di awasi oleh ibu bapa masing-masing. Ternyata para pelajar cukup seronok sekali. InsyaALLAH pada tahun hadapan PASTI akan mengadakan Hari Keluarga di tempat yang sama dengan pelbagai lagi aktiviti yang lebih menarik


Tuesday, July 27, 2010

Hari Keluarga PASTI Kawasan Petra Jaya

Kami dari pihak Jawatankuasa PASTI Kawasan Petra Jaya ingin memaklumkan bahawa kurang dari 2 minggu dari sekarang, PASTI Kawasan Petra Jaya akan mengadakan Hari Keluarga PASTI. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk pelajar , guru-guru dan ibu bapa.

Seperti yang kita sedia maklum, para guru, ibubapa dan jawatankuasa sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing sepanjang tahun. Jadi, tidak ada kesempatan untuk semua golongan ini berjumpa dalam satu masa dan mengenali antara satu sama lain.

Oleh itu, antara tujuan utama Hari Keluarga ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah di antara Jawatankuasa PASTI, guru-guru, ibubapa dan pelajar.

Diharapkan agar semua pihak dapat memberikan kerjasama untuk menghadiri program tersebut. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang antaranya adalah :

  • Persembahan dari pelajar-pelajar bagi setiap PASTI
  • Sukaneka pelajar bersama ibu-bapa
  • Sukaneka untuk kaum ibu dan bapa.
  • Sukaneka pelajar bersama guru-guru.


Maklumat penuh Hari Keluarga PASTI adalah Seperti berikut :

Tempat : Pasir Panjang
Tarikh : 8 Ogos 2010
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Dijemput kepada semua untuk hadir pada Hari Tersebut.


Program Cepat Membaca (PCM) Guru-Guru PASTI

PASTI Kawasan Petra Jaya akan mengadakan Program Cepat Membaca (PCM)pada hari Sabtu ini, 1 Ogos 2010 yang bertempat di Pejabat PASTI Kawasan Petra Jaya.

Program Khas ini diadakan sebagai inisiatif PASTI Kawasan Petra Jaya dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan pengajaran di semua PASTI seluruh kawasan Petra Jaya.

Seperti yang kita ketahui, pelajar-pelajar PASTI terdiri dari kanak-kanak yang berusia 4,5 dan 6 tahun.Salah satu tugas guru-guru PASTI adalah mengajar serta membimbing para pelajar agar dapat memahirkan diri dalam membaca. Namun, proses ini memerlukan teknik yang tepat agar kanak-kanak dapat memahirkan diri untuk membaca dalam jangka masa yang cepat.


Oleh itu, Program ini dijangka dapat membantu guru-guru untuk memantapkan teknik pengajaran dalam membantu para pelajar untuk cepat membaca.


Thursday, June 24, 2010

PENDIDIKAN PASTI TARIK MINAT ARTIS

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Pasti Pusat, Nazrin Abdul Majid, ketika berucap pada majlis pentup Ihtifal Pasti di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini baru-baru ini.

"Kita berbangga pendidikan sekolah Pasti turut mendapat tempat di hati artis termasuk Safura, di mana beliau juga turut hadir pada majlis ini," ujarnya.

Pasangan artis suami isteri itu, Shahrulnizam Noor dan Safura Yaacob, telah mengambil keputusan untuk menghantar anak mereka Muhamad Daneal Hakim, 6, di Pasti Ilmi Taman Permata, Selangor setelah mendapati kurikulum sekolah berkenaan terbaik berbanding yang lain.

Menurut Safura, sebelum menghantar anaknya, beliau bersama suaminya yang juga seorang dramatis terlebih dahulu mengkaji mata pelajaran yang ada di peringkat Pasti.

"Alhamdulillah kami dapati pendidikan pra sekolah Pasti lebih baik berbanding yang lain, jadi kami mengambil keputusan untuk menghantarnya ke sekolah berkenaan," ujarnya ketika ditemui pada majlis Ihtifal Pasti itu.

Penyanyi itu juga mendapati pendidikan pra sekolah Pasti bukan sebagai medan politik sebagaimana yang dilabelkan oleh sesetengah pihak sebelum ini, sebaliknya sebagai tempat untuk mendidik tunas masyarakat ke arah yang bermoral khususnya dari segi akhlak.

Beliau juga turut mendapati kehadirannya untuk menghantar Mohd Danel selama dua tahun mendapat sambutan baik masyarakat, khususnya pihak pengurusan Pasti sendiri.

"Ini kerana masyarakat pelbagai peringkat telah menghantar anak masing-masing, bukan di kalangan orang-orang PAS saja jadi tidak ada sebarang masalah,"ujarnya.

Lebih membanggakan Safura anaknya yang mewakili negeri Selangor mendapat johan bagi kategori sajak.

Safura juga bercadang untuk melanjutkan pengajian anaknya dalam bidang agama di sekolah agama pada sebelah petang apabila Daniel menduduki sekolah kebangsaan.

Sementara itu, suaminya Shahrulnizam ketika ditemui berkata memandangkan anak-anak perlu dididik dengan ajaran Islam sejak awal, beliau telah memilih pendidikan pra sekolah aliran Pasti sebagai tempat untuk mendidik anaknya.

"Nak mendidik sendiri kami tidak mempunyai masa, jadi pra sekolah pendidikan Islam ini amat penting untuk anak-anak.

"Semua ibu bapa ingin memiliki anak yang baik bahkan mereka juga berharap biarlah anak-anak lebih baik daripada mereka dan kami adalah sebahagian daripadanya," ujarnya lagi.

Sahrulnizam terkenal dengan watak Herman anak Dato' Safuan lakonan Dato' Jins Shamsuddin dalam drama bersiri Mahligai Gading.

Kehadiran artis suami isteri ini menarik perhatian mereka yang hadir pada majlis ihtifal tersebut.

Kesempatan yang ada, mereka turut bergambar khususnya di pentas utama Putik di samping untuk mendapatkan tanda tangan.

Sementara itu, Pasti Negeri Kelantan telah diumumkan sebagai johan keseluruhan, diikuti Kedah dan Selangor.

Sebanyak lapan acara telah dipertandingkan antaranya pertandingan azan, hafazan al-Quran, sajak, bercerita dan nasyid.

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pasti Pusat, Nazrin Abdul Majid.
Majlis berkenaan diadakan selama dua hari, bermula Jumaat lalu di mana tahun ini Kelantan sebagai tuan rumah. - mks.

(Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2985:pendidikan-pasti-tarik-minat-artis&catid=13:dalam-negeri&Itemid=51)


ILMU KEIBUBAPAAN JAMIN TARBIAH ANAK

Berita Harian-16 Mac 2007
Jendela Hikmah: Ilmu keibubapaan jamin tarbiah anak
Oleh Rosnah Ahmad

BELAJAR rajin-rajin, abah tak ada harta dan ilmu adalah harta paling berharga yang abah boleh tinggalkan kepada anak. Begitulah ungkapan yang sering dilafazkan oleh ayah ketika kecil dan ia adalah motivasi paling berkesan kepada diri saya hingga ke hari ini, terutama selepas mempunyai anak sendiri.

Abah dan arwah emak dalam kepayahan hidup sentiasa berkorban dan berusaha untuk mendidik kami adik beradik. Pilu mengingatkan bagaimana abah yang hanya berpendapatan kecil, berkebun dan memancing selepas pulang kerja demi menampung perbelanjaan harian dan arwah ibu bangun seawal jam 3 pagi untuk membuat kuih untuk dijual, di samping mengambil tempahan menjahit baju.

Rumah kami dulu juga tidak ada banyak perabot dan perkakas, yang ada hanya keperluan asas. Abah sering mengingatkan arwah emak supaya tidak membazir duit dan sentiasa mendahulukan pendidikan anak.

Pengorbanan dan semangat tinggi ditunjukkan ibu bapa saya mungkin juga dapat dirasai oleh pembaca dan kita mesti sentiasa menghargai jasa ibu bapa kita. Siapalah kita tanpa pengorbanan besar mereka.

Konsep pengorbanan diajar kepada kita dalam al-Quran antaranya kisah Nabi Ibrahim a.s dan Siti Hajar sebagai ibu bapa serta Nabi Ismail a.s sebagai anak yang patuh dan taat kepada Allah.Setiap ibu bapa harus bersikap gembira apabila mendapat rezeki berupa anak.

Allah menceritakan di dalam al-Quran bagaimana Nabi Ibrahim a.s apabila diberi khabar oleh malaikat bahawa Allah akan mengurniakan seorang anak lelaki, lalu Nabi Ibrahim a.s menyatakan kegembiraannya dengan mengucapkan selamat sejahtera seperti firman Allah dalam al-Quran yang maksudnya: “Dan sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami kepada Ibrahim dengan membawa khabar gembira, sambil mereka berkata: “Selamatlah! Dia menjawab, “Selamat! (Surah Hud, ayat 69)

Kegembiraan ini mestilah disyukuri dengan menyiapkan diri dan berusaha untuk menjadi ibu bapa berjaya mendidik anak yang taat dan mendapat keredaan Allah SWT. Tugas ini bukan suatu yang mudah dan ia menuntut pengorbanan besar.

“Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara pengorbanan yang perlu sentiasa dilakukan ibu bapa adalah sentiasa menimba ilmu keibubapaan tidak kira pada peringkat mana umur anak.Ilmu sangat penting demi menjamin tarbiah anak dan kesejahteraan keluarga. Ilmu dapat membantu ibu bapa untuk lebih peka kepada tahap dan kaedah yang paling berkesan dalam pendidikan dan menangani masalah anak.

Mendalami ilmu memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang bukan sedikit. Sejak dari dalam kandungan seorang ibu bapa juga perlu banyak berkorban dengan menjaga akhlak dan ibu mendapat makanan berkhasiat serta sentiasa berdoa kepada Allah supaya anak dikandung sihat dan menjadi anak yang salih.

Anak dalam kandungan hendaklah dibacakan dengan ayat suci al-Quran supaya anak sentiasa mendengar kalimah Allah sejak dari kandungan lagi.

Proses kelahiran dan menyusukan adalah pengorbanan yang tidak terhingga seorang ibu. Ibu bapa berkewajipan memenuhi keperluan anak baik berupa kebendaan mahupun kerohanian.Ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab ini.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang telah cukup dikatakan berbuat dosa, apabila mensia-siakan orang-orang yang menjadi tanggungan makan minumnya.” (Riwayat Abu Daud)

Hari ini selain daripada bapa, ramai ibu yang keluar bekerja demi memenuhi tuntutan ini. Bukan sedikit pengorbanan yang perlu kita lakukan ketika berusaha bekerja dan memastikan rezeki dicari adalah halal.Dalam kesibukan mencari rezeki, ibu bapa tidak boleh memberi alasan membiarkan saja pendidikan agama/rohani anak.

Institusi sokongan seperti pusat asuhan kanak-kanak (taska), pusat jagaan harian, taman didikan kanak-kanak (tadika), sekolah, pusat pengajian al-Quran dan fardu ain adalah perkongsian pintar dalam merealisasikan matlamat pendidikan anak.

Ibu bapa perlu bijak memilih institusi untuk menghantar anak mereka. Pilihlah institusi yang menitikberatkan agama dan terutama solat kerana cara paling tepat mendidik anak mengenal Allah ialah dengan melatih mereka untuk mengerjakan solat.

Memandangkan betapa pentingnya solat sebagai jalan untuk menjadikan manusia tunduk kepada Allah, maka Nabi Ibrahim a.s memohon kepada Allah agar dirinya dan keturunannya dijadikan sebagai orang yang tetap menegakkan solat seperti firman Allah yang maksudnya: “Wahai tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan (begitu juga) anak cucuku, wahai tuhan kami, terimalah doaku.” (Surah Ibrahim, ayat 40)

Begitu juga Luqman, salah satu wasiat kepada anaknya seperti disebut dalam al-Quran yang maksudnya: “Hai anakku, dirikanlah solat.” ( Surah Luqman, ayat 17)

Dengan ini sewajarnya ibu bapa menjadikan solat sebagai pilihan utama untuk mendidik anak beraqidah tauhid. Mereka mesti terlebih dulu mendirikan solat dan sentiasa berbincang dan meneruskan kesinambungan pentarbiahan anak di rumah dan tidak menyerahkan tugas ini seratus peratus kepada pengasuh atau guru sahaja.

Anak hendaklah dibelai dengan penuh kasih sayang. Untuk tujuan ini ibu bapa mesti terlebih dulu sentiasa membaiki akhlak diri supaya anak sentiasa dilihat dengan pekerti mulia dan insya-Allah terdorong untuk mencontohi ibu bapa mereka.Hadis yang maksudnya: “Allah memberi rahmat kepada ayah yang membantu anaknya untuk berbakti kepada-Nya.” ( Riwayat Abu Saikh)

Dalam hal ini Allah memberi petunjuk supaya ibu bapa tidak mudah marah dan hendaklah gemar memaafkan kekeliruan anaknya seperti firmannya yang bermaksud: “Dan orang-orang yang menahan marah serta memaafkan orang lain dan Allah mencintai orang-orang yang berlaku baik.” ( Surah Al- Imran, ayat 134)

Proses pentarbiahan anak mengambil masa yang panjang dan ia sudah tentu menuntut ibu bapa untuk istiqamah dalam apa juga bentuk pengorbanan dilakukan di samping terus berdoa untuk kesejahteraan anak.“Wahai tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri dan keturunan kami perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.,” (Surah Al- Furqan, ayat 74)

Setiap pengorbanan juga menuntut kita supaya melakukan perubahan bermula dengan diri kita sendiri setiap hari. Sebagai ibu bapa kita mesti sentiasa berusaha menjadi contoh kepada anak kita dan ia kunci kejayaan dalam melahirkan anak yang salih wal musleh.

(Sumber: http://rentis.blogspot.com/2007_03_01_archive.html)


Monday, May 24, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2010(2)

Alhamdulillah PASTI Kawasan Petra Jaya telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Guru 2010 pada 15 Mei 2010 yang lepas. Anak-anak PASTI sangat cemerlang dalam pertandingan-pertandingan yang telah diadakan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah guru-guru serta semua yang hadir. Hanya kepada Allah kami pasrahkan segala usaha. Ya Allah, terimalah amal kami.


Guru-guru menerima sejambak bunga daripada murid-murid



Kejutan pertama: Kek istimewa daripada guru-guru untuk pengurus-pengurus PASTI. Wakil pengurus dan pengerusi PASTI sedang memotong kek.



Murid-murid menyanyikan nasyid rasmi PASTI dengan penuh semangat



Murid-murid melafazkan ikrar PASTI beramai-ramai sebelum acara pertandingan bermula


Sekitar pertandingan berlangsung
















Kejutan Kedua: Kek Hari Guru daripada pengurus-pengurus PASTI untuk guru-guru


Guru-guru memotong kek sambil diperhatikan oleh anak-anak murid


Thursday, May 13, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2010





TARIKH : 15 Mei 2010
TEMPAT : Dewan Sanjungan Bestari, Lorong 4, Taman Matang Jaya
MASA : 7:30 pagi
TEMA : Guru Penyayang Anak Didik Cemerlang

Antara yang menarik:

Pertandingan Nasyid murid-murid PASTI
Pertandingan Azan
Pertandingan Hafazan Al-Quran dan Hadis
Pertandingan English Conversation
Penyampaian Anugerah Guru


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

SEMUA DIJEMPUT HADIR


Tuesday, May 11, 2010

Kursus Intensif Bahasa Arab

Bagi memantapkan lagi kemahiran dan keyakinan guru-guru dalam penguasaan Bahasa Arab, Pasti Kawasan Petra Jaya sedang menganjurkan Kursus Intensif Bahasa Arab selama enam minggu berturut-turut.

Kursus ini dikedalikan oleh guru pakar Bahasa Arab yang telah berpengalaman luas dan menjadi tenaga pengajar Bahasa Arab di salah sebuah sekolah terpilih di Kuching.

Kursus yang dianjurkan diharap akan memberi kefahaman kepada guru-guru Pasti Kawasan Petra Jaya dan diharapkan juga guru-guru Pasti akan lebih yakin apabila berdepan dengan cabaran.


Tuesday, March 30, 2010

KURSUS BERSAMA PASTI PUSAT

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa, selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, moga kecintaan kita kepada-Nya berupaya meningkatkan semangat untuk terus menyalakan semarak jihad hingga akhir hayat.

Alhamdulillah pada 12 hingga 14 Mac 2010 yang lalu guru-guru PASTI Kawasan Petra Jaya telah berjaya menghadiri kursus anjuran bersama Jabatan PASTI Pusat dan Jabatan PASTI Negeri Sarawak. Semoga semangat guru-guru PASTI untuk mendidik anak-anak ummah terus kekal hingga 'tunas-tunas' ini nanti berjaya menjadi GENERASI AL-QURAN seperti yang sama-sama kita harapkan. Insya Allah.

Gambar-gambar sekitar kursus berlangsung:






























Sunday, March 14, 2010

Cintailah Dia Jadilah Seperti Dia (Mengenang Anak-anak PASTI INSANI 2009)

















Puteraku,
Siapakah dia
Seorang lelaki yang berwajah tenang
Pembela utama Muhammad Rasulullah
Manusia yang selalu berkata benar pada Nabi
Tanpa bimbang dan ragu
"Engkau benar, engkau benar"
Timbangan imannya
Melebihi timbangan umat manusia
Dari zaman Adam hingga akhir zaman
Dialah Abu Bakar As-Siddiq
Cintailah dia jadilah seperti dia

Puteraku,
Seorang lelaki yang keras dan tegas
Keras dengan musuh Islam
Tegas dengan syariat
Besar kekuatannya
Lurus tujuannya
Beraninya hingga syaitan takut kepadanya
Dialah Umar bin Al-Khattab
Cintailah dia jadilah seperti dia

Puteraku,
Seorang hartawan
Tetapi dermawan
Dunia di tangan bukan di hati
Semuanya dikorbankan untuk Allah, rasul dan perjuangan
Lemah lembut, bertolak ansur
Pemalunya hingga malaikat malu kepadanya
Dialah Uthman bin 'Affan
Cintailah dia jadilah seperti dia

Puteraku,
Kehidupannya penuh kebesaran,
keagungan dan kehebatan
Tetapi bergelombang,
Penuh kesedihan, kepayahan dan kelaparan
Kemiskinan bukan penghalang
Untuk memberi makan
Janda-janda dan anak yatim
Ayah dari kedua cucu Rasulullah
Dialah Ali Bin Abi Talib
Cintailah dia jadilah seperti dia

Serapi '07

Sumbangan pembaca-pembaca budiman amat di alu-alukan demi meneruskan pendidikan rabbani anak-anak ummah ini. Sumbangan anda boleh di salurkan ke akaun (Sila lihat gambar di sebelah) :


Thursday, March 4, 2010

KURSUS PEMERKASAAN KEMAHIRAN DAN PEMANTAPAN SYAKHSIAH GURU-GURU PASTI KAWASAN PETRA JAYA


Alhamdulillah, puji dan puja hanya untuk Allah s.w.t, sumber segala kekuatan, tempat semua makhluk bergantung harap, tempat bersandar segala-galanya. Selawat dan salam buat rasul junjungan tercinta, moga jejak Islam ini kita telusuri hingga akhirnya.

Bersempena dengan cuti persekolahan pada penghujung tahun 2009, PASTI Kawasan Petra Jaya telah mengadakan Kursus Pemerkasaan Kemahiran dan Pemantapan Syakhsiah (PKPS) Warga Pendidik PASTI kawasan Petra Jaya. Sepanjang namanya, begitulah panjangnya tempoh kursus yang telah dijalankan selama sebulan bermula dari 30 November 2009 hingga 25 Disember 2009. Bermacam-macam pengisian dan kelas-kelas berkaitan dengan kemahiran seorang pendidik serta syakhsiah guru muslim telah diadakan.

Kepada seluruh jawatan kuasa pelaksana program, tenaga pengajar kursus, Dewan Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya juga Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya, terima kasih tidak terhingga kerana telah bertungkus-lumus siang dan malam demi menjayakan kursus yang julung-julung kali diadakan ini. Ya Allah, saksikanlah kami telah menyahut seruan-Mu, moga Engkau terima amal kami...

Semoga kursus ini mampu melahirkan mu'allim juga murabbi yang mu'addib lagi mursyid untuk mendidik anak-anak ummah khususnya murid-murid PASTI Kawasan Petra Jaya yang kita sayangi.

Antara pengisian yang diadakan sepanjang Kursus PKPS Warga Pendidik PASTI Kawasan Petra Jaya.

Riadah selepas Subuh-Pemuda Kawasan Petra Jaya turut menyertai program Qiamullail di pantai

Modul dalam laut-Aktiviti selepas program qiamullail di pantai


Pembentangan dalam kumpulan-Kumpulan Exora

Muhasabah selepas riadah Cina Buta

Usrah Outdoor

Pengajaran Mikro 1

Kelas Perancangan Kewangan oleh tenaga pengajar berkepakaran

Pengajaran Mikro 2

Pengajaran Mikro 3

Pertandingan Sahiba versi Jawi di Pustaka negeri Sarawak

Pertandingan pancing ikan (Modul Pengajaran Tulisan Jawi)

Pembentangan berkumpulan-Kumpulan Sumayyah

Riadah Cina Buta

Latihan dalam kumpulan-Kumpulan Exora

Latihan dalam kumpulan-Kumpulan Sumayyah

Bergambar kenangan di hadapan Masjid Bahagian Kuching

Perbincangan kumpulan

Kelas Fardhu 'Ain


Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More